CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 27, 2012

KASIH IBU MEMBAWA KESYURGA...

Pagi nie tbe2 terdetik aku untuk menulis berkenaan dengan kasih seorang IBU...IBU adalah seorang insan yang sangup melakukan apa sahaja untuk kebaikan anak2nya..Setiap insan didunia ini semestinya mempunyai seorang ibu yang menjadi semangat dalam apa saja yang mereka lakukan. Kali ini, aku ingin berkongsi rasa bangga aku terhadap semua ibu-ibu didunia terutamanya ibu aku. Bagi aku, Ibu adalah seorang yang paling teristimewa. Lahirnya kita daripada perut seorang ibu. Pengorbanan seorang ibu tiada tolak banding dengan sesiapa sahaja diatas dunia ini. Melahirkan kita ibarat mempertaruhkan nyawa mereka sendiri…tetapi sedarkah kita tentang semua itu?? Apabila dewasa, kadangkala kita sibuk dengan urusan seharian..tanpa kita sedari ,dalam masa yang sama..kita mengabaikan ibu kita. Sedihnya..pilunya hati ibu, mereka sukar untuk mengungkapkan pada kita. Baginya kebahagiaan kita adalah kegembiraan baginya. Tetapi jauh disudut hati mereka, tentunya mereka sentiasa menginginkan kita selalu ada dengan mereka.

Aku sebagai anak, kamu juga sebagai anak tentunya juga pernah leka untuk mengambil tahu aktiviti seharian ibu kita. Janganlah begitu lagi..kalau boleh kita elakkan benda ini terjadi..SMS awek/pakwe tiap2 hari boleh je kita lakukan malah kita boleh je call mereka tanpa risaukan topup tetapi untuk bertanyakan perihal ibu kita???tepuk dada tanya selera..(peringatan untuk diri aku juga).
Ketahuilah sebesar mana kemarahan ibu terhadap anaknya, dalam hatinya sentiasa merindui anaknya. Bak bait2 sebuah lagu “marah bukan kebencian tapi tanda sayang”. Dan wahai anak-anak..janganlah menyakiti ibu. Fikirlah pengorbanan mereka sejak kita kecil hingga dewasa. Semasa kecil, andai kita terluka sedikit, tercalar dimana-mana, ibu menangis takut kehilangan kita. Apabila kita dewasa, dan berjaya..Ibu menangis kegembiraan..malah pada masa yang sama dia sanggup bersesak-sesak dan berpanas hujan untuk melihat konvokesyen kita..besarnya kasih ibu tanpa hiraukan kesihatan dirinya. Ya Allah..sungguh besar kasih ibu. Apabila kita sudah mampu membina kehidupan sendiri..ibu memerlukan perhatian anaknya pula. Dan pada masa ini janganlah kita membuat Ibu mengalirkan airmata dengan kelalaian kita.
 
Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” (Riwayat al-Hakim). Jadi, semoga kita semua menjadi anak yang sentiasa menyejukkan hati ibu, dan sentiasa mengutamakan mereka dalam apa jua urusan. Keberkatan kita bergantung pada doa seorang ibu yang amat menyayangi anak mereka.
Ingatlah wahai kawan-kawan…Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.
 
p/s: jadi,kita sebagai seorang anak..janganlah sesekali mengecilkan hati/membuat ibu mahupun bapa terluka..mereka yang telah banyak berkorban untuk membesarkan kite dan sangup melakukan apa sahaja untuk kebaikan dan kebahagiaan ank2 mereka..mereka telah banyak berjasa kepada kita..jadi BILA kita mahu berjasa kepada mereka pula??pernahkah anda terfikir mengenai itu??TANYA PADA DIRI..mari sama2 kita ubah menjadi yang terbaik pada mereka..insyaAllah..kasih IBU membawa kesyurga kasih AYAH sepanjang zaman..FAMILY:
 
F: Father
A: And
M: Mother
I: I
L: Love
Y: You... <3

Thursday, February 23, 2012

KETIKA..

KETIKA .. Aku ingin hidup KAYA , aku lupa,bahawa HIDUP ini adalah sebuah KEKAYAAN .

KETIKA .. Aku takut MEMBERI , aku lupa bahawa semua yang aku miliki adalah PEMBERIAN .

KETIKA aku ingin jadi yang TERKUAT , aku lupa bahawa dalam KELEMAHAN , kuasa-NYA memberikan aku KEKUATAN .

Ketika aku merasa RUGI .. aku lupa bahawa hidupku adalah sebuah KEBERUNTUNGAN kerana Anugerah-NYA .

Ternyata hidup ini sangat indah , jika kita tahu selalu bersyukur kepadaNYA ..

WANITA

✿ Wanita penghuni syurga adalah wanita yang melengkapkan dirinya dengan ilmu agama , akhlak karimah , budi pekerti yang luhur dan amalan-amalan mulia . Jika telah memiliki pasangan hidup , ia akan berusaha membina rumahtangga ke jalan yang murni dan suci . Sesungguhnya keredhaan suami terhadap isterinya merupakan pintu untuk mendapatkan keredhhan ALLAH yang lebih besar ♥

✿ Hiasilah peribadi dirimu dengan iman , kerana "Andalah Wanita Syurga" ♥

#Insya ALLAH ^_^ ♥

✿ܓ ✿#Bersangka Baik Sesama Insan :)ܓ

ya ,
mungkin ada hikmahnya ..

hikmah-NYA ,
yang DIA sembunyikan ,
yang DIA rahsiakan ,
yang masih DIA simpan dari pengetahuan kita .
yang masih belum mampu kita ‘lihat’ ..

HATI LUKA..

Allah tahu hatimu perit menahan luka ,
Allah mendengar doa-doa dan tangisanmu meminta ,
namun bukan kerana Dia tidak mempedulikan nasib hamba-hambaNya ,
tetapi sebenarnya Dia sedang memberikanmu yang terbaik ,
walau kamu sebenarnya yang tidak menyedari ,
kerana kurangnya sifat syukur di dalam diri ..

jaga hati hiasi peribadi, bimbing jiwa dekati Rabbi .. ツ

ƸӜƷ•• Untuk Renungan Bersama ~ :) ••ƸӜƷ

HATI ini ALLAH berikan untuk kita ,
Hebatnya HATI boleh BERBICARA tanpa SUARA ,
hebatnya HATI mampu MENANGIS tanpa AIRMATA ,
TAPI jangan lupa hebatnya HATI juga boleh menghancurkan IMAN kita ..
LEMAHnya HATI dengan BISIKAN suara NAFSU ,
Jadi JAGAlah HATI kita dengan seBAIK-BAIKnya ,
Insya Allah ~
Kita pasti akan jadi orang yang HEBAT memiliki hati yang HEBAT ツ

2012

◕▄███▄◕──◕▄██▄◕──◕▄███◕─◕▄███▄ ◕
◕▀──██◕─◕██──██◕───◕██◕─◕▀──██ ◕
◕──██◕──◕██──██◕───◕██◕─◕──██◕
◕─██◕───◕██──██◕───◕██◕─◕─██◕
◕█████◕──◕▀██▀◕───◕▄██▄◕◕█████ ◕

Sesungguhnya seorang muslim itu ..
Apabila berada di jalan dakwah ..
Dia tidak berjalan dengan hatinya sahaja ..
Bahkan , dibawa bersama hati saudaranya ..

Justeru itu ..
Setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya ..
Pasti akan terbias untuk saudara seperjuangannya ..

Ya muslimin muslimat ..
Sertailah mereka dlm "fisabililah" ..
Moga Tuhan memberkatimu ..
dengan rahmat , InsyaAllah ..

Kerana jangan PERNAH lupa sahabat ..
MULIAMU BUKAN pada RUPA ..
BUKAN pula kerana HARTA ..
tapi kerana ISLAM !!
Allahhuakbar !!

~ Perjuangan perlu diteruskan ツ ~